Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) adalah merupakan salah sebuah daripada 10 sekolah kebangsaan di Putrajaya. Ia telah dibuka dengan rasminya pada awal tahun 2003. pada awalnya ia dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Putrajaya 4 dan kemudian ditukar nama secara rasmi kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) pada awal tahun 2007. Guru-guru dan murid-murid yang menjadi kumpulan perintis semasa mula dibuka berasal dari SK Putrajaya Presint 9(1).
Sejak dibuka, pentadbiran sekolah ini telah diketuai oleh 3 orang Guru Besar seperti berikut:
1 | Puan Nafishah bt. Hassan | 2003 - 2005 |
2 | Puan Siti Bunia bt. Ab. Gapar | 2005 – 10 Februari, 2008 (Bersara) |
3 | Encik Suhaimi b. Ali Ahmad | 1 April, 2008 hingga kini |
Visi Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) akan melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berakhlak cemerlang
Misi Sekolah:
Memastikan pengurusan pentadbiran
dilaksanakan secara profesional, cekap
dan berkesan
Memastikan program pembangunan insan
dilaksanakan secara terancang bagi melahirkan
guru dan staf yang kompeten dan berkesan dalam
pelbagai bidang pengurusan
Memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan
untuk melahirkan pelajar berpotensi tinggi
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Melahirkan generasi beriman, berilmu dan berketrampilan
dan mampu menjana bakti dalam masyarakat dan
negara global
Motto Sekolah:
No comments:
Post a Comment