Sunday, November 7, 2010

Lencana sekolah



Sejarah Dan Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) adalah merupakan salah sebuah daripada 10 sekolah kebangsaan di Putrajaya. Ia telah dibuka dengan rasminya pada awal tahun 2003. pada awalnya ia dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Putrajaya 4 dan kemudian ditukar nama secara rasmi kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) pada awal tahun 2007. Guru-guru dan murid-murid yang menjadi kumpulan perintis semasa mula dibuka berasal dari SK Putrajaya Presint 9(1).





Sejak dibuka, pentadbiran sekolah ini telah diketuai oleh 3 orang Guru Besar seperti berikut:

1
Puan Nafishah bt. Hassan
2003 - 2005
2
Puan Siti Bunia bt. Ab. Gapar
2005 – 10 Februari, 2008 (Bersara)
3
Encik Suhaimi b. Ali Ahmad
1 April, 2008 hingga kini



Visi Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) akan melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan berakhlak cemerlang

Misi Sekolah:

Memastikan pengurusan pentadbiran

dilaksanakan secara profesional, cekap

dan berkesan


Memastikan program pembangunan insan

dilaksanakan secara terancang bagi melahirkan

guru dan staf yang kompeten dan berkesan dalam

pelbagai bidang pengurusan


Memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan

untuk melahirkan pelajar berpotensi tinggi

dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek


Melahirkan generasi beriman, berilmu dan berketrampilan

dan mampu menjana bakti dalam masyarakat dan

negara global



Motto Sekolah:

Iman dan Ilmu Penjana Bakti

Pengertian Iman

Mempunyai sifat pemimpin

Pentingnya Ilmu

sebagai wadah ke arah kesejahteraan hidup

di dunia dan akhirat

Penjana Bakti

Kuasa melahirkan insan yang mempunyai kesetiaan

terhadap agama, masyarakat dan negara